Sunday, November 29, 2009

Jom Hijaukan Malaysia.....!


29 November- Memang puas hati dan menyeronokkan dengan kanak2 yang rata2 sangat teruja dgn menanam pokok untuk hijaukan bumi di Wetlands, Sepang....Kehadiran pelajar2 sekolah rendah yang masih naif tentang alam sekitar yang join program ni secara peribadi sangat saya hargai sebagai warga Malaysia...Aku join Hashim Design (Landscape Consultant) untuk sama-sama memberi tunjuk ajar dan guideline cara nak tanam pokok ni... Sifat kanak-kanak yang memang masih 'suci' hati mereka untuk bersama-sama memelihara alam sekitar dan sekaligus berusaha menyumbang oxygen buat kita semua perlu diberi contoh buat mereka yang sangat rakus memusnahkan alam semata-mata untuk pembangunan di mana berorientasi keuntungan semata-mata....Kelibat artis seperti Mila AF, Nana AF, Marsha AF, Dafi AF...semua AF lah..dan tak lupa Ibu Fauziah Nawawi yang join progran ni juga turut dipuji terutama Nana yang bersungguh-sungguh menjayakan program ni...

Gang HD yang jadi nadi penggerak sangat berusaha keras dengan program ni..Tahniah!...

Tuesday, November 10, 2009

Neon=Lampu...?


Bila malam kita mencarinya...

Bila terang kita lupakannya....
.
Dulu, guru dipanggil lilin yang menyinari 'jiwa' anak kecil...tapi kini lilin yang membakar pun tak mampu bertahan lama...
Sinarilah hidup kita dengan kebahagiaan..kdg2 bahagia ni singgah sekejap ja, yg datang dan pergi bersilih ganti...
Hidup perlu ada pegangan....!!!
Tak mau yang nak jadi janda!,tak mau jugak yang nak berduda...!
Kelak anak-anak yg merana...dalam mata nampak nya basah....tapi disentuh ter'padam' jua...
Kadang-kadang aku nak menghitung masa, tapi tak pasti betul atau tidak...biarkan saja....
11 Nov 2009, 1514
Tak Mau Gersang Sangat....

Lagu yang baik untuk mereka yang rindukan pasangan.....


Sharifah Aini...Biduanita negara...memang betul la...aku yg betul2 dngr lagu dia ketika bapak aku, Cik Nazly belikan full album rakaman konsert....masa tu aku sekolah menengah dah rasanya, kami naik keta Honda lama pak aku WAN 2080 dr Yan ke Kuala Kangsar, balik kg pak dia(tokwan) aku....duk dengaq lagu tu ja tak henti-henti...aku ngan kakak aku dari tak suka sampai jadi suka...rupa-rupanya aku telitikan rupa-rupanya suara sharipah aini ni mmg lunak sungguh...patut la org sukakan dia...lunak+syahdu+merdu...segalanya lah....patut la dulu meletop sgt.....Aku ada lagu dia yang kalau korang dengaq mcm sora anak dara.. Tajuk: Sabar lah Sayang feat M.Nasir. Aku bukan lah peminat dia, cuma aku kagumi dgn suara dia......

Friday, November 6, 2009

My Best Friend!!!





Sahabat baik aku dunia dan akhirat, Zainozzaman dan isteri Ida Maria, dan anak depa Nafihah

Aku doakan hempa jagalah zuriat kurniaan Allah yg Maha Esa dgn baik....

Aku bangga ada kawan macam ko, Man.....

Kawan yang aku kenal ketika sama-sama belajar di KUiTTHO, Pt Raja, Johor. Kawan yang sangat memahami dan mengenali aku... Abah dan mak dia dah jadi mcm family aku.... Dia ni orangnya kalau jumpa dulunya perwatakan serius tapi sekarang banyak berubah, friendly jgak dan mesra dgn saiapa saja...Satu perubahan yg baik.....Isterinya pun lawa, tu lah bertuahnya, Man, Ida ni seorang yg sgt simple, dan loving sgt dgn Man ni. payah jumpa pompuan mcm ni dah zaman sekarang... Aku doakan hempa bahagia ke akhir hayat.

Sekarang aku ngan Man ni sama-sama belajar, Aku di UniMAP dan dia di UiTM. Dia ambik networking kat sana. Katanya habis belajaq dia nak bukak company networking, nak lwn maxis ngan celcom..aku ada idea Man nak letaj nama apa....Nanti aku bagitau...

Puisi Aku Untuk Semua....


Tajuk : TIADA

Semalam....
Telah kuabaikan gamit-gamit kerinduan...
Walau menjengah ke lautan dalam...
Beredar jua hati yg berdebar kelam....
Fasih aku bicara di hati..
Bertanya ke mana langkah ku pergi...
Terpadam jua, celah-celah yg terluka lama....

Semalam,
pernah langkahku terhenti,
Dek jalan berliku menyinggah parah,
Warna hidupku sentiasa berubah...tiada yang indah..
Harap menjelma,cuma kias nikmat yg berubah....

Berarak awan,tak kan bersamaku meratap pedih,
Tak kan melindung ku yg terpaku di sini,
Angin ditiup, tak kan berubah hatiku yg luluh,
Kerana setiap rinduku dibalas berlalu...

Kembaraku terhenti,
Abadi denganmu pasti,
Kupijak langkah ini,bersamamu lagi,
Walau utara selatan dijauhi...
Selagi itu kasih ku tak kan terhenti.....

Original By Nafiz Nazly

Luangkan masa bersama keluarga kita.....

Salam...
Aku rehatkan otak dan minda sekejap dr ulangkaji utk exam ni... Habis exam ni 16hb mmg nak kena rehat betul2, ambik masa 2 hari balik kg di Yan, Kedah dulu dan luangkan masa dgn family tercinta.... tajuk kat atas tu buatkan semua org akan teringatkan family masing-masing. kdg2 kita ada di utara@selatan@timur@barat, sedangkan keluarga kita nun jauh di kampung. masing-masing dgn tanggungjawab mencari rezeki untuk anak bini. Itu lah hukum tuhan. Aku percaya semua orang sayangkan family sendiri walaupun ada antara kita yang sudah tiada orang tersayang di sisi. Cuma berkatnya kita doakanlah kepada Esa moga orang tua kita sentiasa dirahmatiNya. buat mereka yang masih ada ayah dan ibu, selalu-selalu lah jenguk mereka....Susah payah mereka menjaga kita dr kecik sampai dah dewasa, apa salahnya balik kampung lepaskan rindu masakan,rumah dan itik ayam depa....so, buat anda semua hayati lah lagu Sudirman yang tajuknya Ayah dan Ibu tu.....mmg syahdu sungguhh.....so,setakat ni dulu, bye,bye....

Thursday, November 5, 2009