Friday, November 6, 2009

Luangkan masa bersama keluarga kita.....

Salam...
Aku rehatkan otak dan minda sekejap dr ulangkaji utk exam ni... Habis exam ni 16hb mmg nak kena rehat betul2, ambik masa 2 hari balik kg di Yan, Kedah dulu dan luangkan masa dgn family tercinta.... tajuk kat atas tu buatkan semua org akan teringatkan family masing-masing. kdg2 kita ada di utara@selatan@timur@barat, sedangkan keluarga kita nun jauh di kampung. masing-masing dgn tanggungjawab mencari rezeki untuk anak bini. Itu lah hukum tuhan. Aku percaya semua orang sayangkan family sendiri walaupun ada antara kita yang sudah tiada orang tersayang di sisi. Cuma berkatnya kita doakanlah kepada Esa moga orang tua kita sentiasa dirahmatiNya. buat mereka yang masih ada ayah dan ibu, selalu-selalu lah jenguk mereka....Susah payah mereka menjaga kita dr kecik sampai dah dewasa, apa salahnya balik kampung lepaskan rindu masakan,rumah dan itik ayam depa....so, buat anda semua hayati lah lagu Sudirman yang tajuknya Ayah dan Ibu tu.....mmg syahdu sungguhh.....so,setakat ni dulu, bye,bye....

1 comment:

  1. Doaku pada ayah dan ibu moga sihat selalu....

    ReplyDelete